SETIAP SUMBANGAN YANG DISALURKAN, ANDA LAYAK BAGI PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATAN


Assalamualaikum W.B.T

Ayuh rebut peluang bersama-sama bagi merebut peluang saham Akhirat kita. Yakin dan percaya dengan janji Allah swt" Tidaklah akan berkurang harta yang kita infaq/sedekahkan dengan ikhlas kerana Allah, Melainkan Allah akan menggantinya dengan berlipat ganda ". 

Allah berfirman dalam Surah Ali Imran, ayat 92:

“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai dan apa saja yang kamu nafkahkan Maka Sesungguhnya Allah mengetahuinya.”

Mudah-mudahan Allah meluaskan rezeki dan memberikan kesenangan di dunia dan akhirat kepada penyumbang yang telah menghulurkan sumbangan dalam menyiapkan kemudahan bagi anak-anak Tahfiz ini. 


JOM BERINFAQ DAN BERWAQAF BAGI PEMBANGUNAN SEBUAH PUSAT KOMUNITI ISLAM PERMAS JAYA

LATAR BELAKANG

Sekolah Tahfiz Al-Quran Al-Ansar adalah sebuah institusi pengajian tahfiz beralamat di Jalan Permas 4, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Masai, Johor Darul Takzim. Matlamat kami adalah untuk melahirkan suatu generasi bertaqwa dan huffaz yang intelek dan terpelajar serta mempunyai kemampuan diri dalam memimpin masyarakat supaya tunduk dan patuh pada perintah Allah (SAW) seterusnya mendapat kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

Visi

Menyediakan pendidikan agama dan penghayatan Al-Quran yang berterusan bagi membina suatu generasi Al-Quran yang berkualiti dalam menghadapi kehidupan dunia moden yang penuh cabaran.

Misi

Memberi kesedaran dan rasa bertanggungjawab kepada masyarakat betapa pentingnya pendidikan agama dan pengetahuan tenang Al-Quran dan As-Sunnah sebagai benteng kekuatan diri dari segala bentuk anasir yang tidak sihat.

PROJEK PEMBANGUNAN PUSAT KOMUNITI ISLAM

PERMAS JAYA

Pusat Komuniti Tahfiz Al- Ansar ini  dibina  2 tingkat dengan keluasan 3700 sqm bertempat di Surau Permas Jaya.Bangunan ini akan dibina secara berfasa iaitu fasa 1 yang mengandungi pejabat, perpustakaan, bilik rawatan, dan segala kemudahan seperti  bilik warden dan asrama yang boleh dimuatkan seramai 50 orang. Fasa 2 pula mengandungi ruang solat berkeluasan 281 sqm yang juga merupakan ruang utama dalam pembinaan ini. Fasa yang terakhir akan dibina  untuk kemudahan komuniti di sekitar seperti tadika, kedai pejabat, dapur dan ruang makan. Rekaan bangunan ini telah diluluskan oleh pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Jabatan Bomba yang akan memberi pengesahan keselamatan bangunan untuk diduduki setelah siap. 


GAMBAR-GAMBAR PEMBINAAN

DOKUMEN-DOKUMEN SOKONGAN






SEGALA LEBIHAN SUMBANGAN YANG DIHULURKAN AMATLAH DIHARGAI.


Tuan/Puan boleh jugak membuat waqaf atas nama sesiapa sahaja sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Dana ini akan ditutup setelah kos yang diperlukan telah mencukupi. 


Segala sumbangan bagi merealisasikan usaha ini didahului dengan jutaan terima kasih dan Jazakallah Khairan Khathira. Kami mendoakan semoga amal ikhlas ini akan diberi ganjaran pahala yang berterusan dan berlipat ganda oleh Allah S.W.T.


Sekian, terima kasih.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Sedekah Wakaf RM200
Sedekah Wakaf RM100
Sedekah Wakaf RM50
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN